
SITUASI BAHAN PENGAJARAN
Seorang guru memerlukan sebuah video yang menerangkan proses kejadian hujan. Terdapat 3 cara guru tersebut dapat menyediakan bahan pengajaran dengan teknologi bersesuaian dengan masa, dana dan kepakaran yang ada:
​
​
Mengadaptasi bahan pengajaran sedia ada
-
Bahan sedia ada perlu pengubahsuaian
-
Guru mempunyai masa, dana dan kepakaran dalam usaha mengubahsuai bahan
-
Contoh: Video yang diperolehi daripada YouTube itu dalam bahasa Jerman. Guru perlu ada masa, peralatan dan kemahiran yang sesuai untuk mengedit video tersebut untuk dialih bahasa kepada Bahasa Melayu.
-
Perlu berhati-hati dengan isu copyright.
​
Menghasilkan bahan pengajaran yang baru
-
Tiada bahan sedia ada yang sesuai
-
Guru mempunyai masa, dana dan kepakaran dalam usaha menghasilkan bahan
-
Langkah yang paling mahal
-
Contoh: Guru tidak menjumpai video yang sesuai dengan tahap pelajar. Beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan video animasi sendiri. Ini boleh dilakukan jika beliau mempunyai masa, peralatan, dana dan kemahiran yang cukup.
-
Tidak perlu berhati-hati dengan isu copyright sekiranya semua elemen (audio, video, gambar dsb.) dihasilkan sendiri.
Mencari dan menggunakan terus bahan pengajaran sedia ada
-
Bahan sedia ada tidak perlu apa-apa pengubahsuaian
-
Langkah yang paling menjimatkan
-
Contoh: Guru boleh terus dapatkan video tersebut daripada YouTube.
-
Perlu berhati-hati dengan isu copyright.
​


