
KESIMPULAN

Bagaimanakah integrasi media, kaedah dan bahan pengajaran yang baik dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran?
-
Media, kaedah dan bahan pengajaran dapat saling menguatkan impak masing-masing pada pelajar.
-
Contoh: Seorang guru Matematik akan membuat kelas pada masa yang terakhir dalam minggu itu. Para pelajar dijangka akan sangat mengantuk, lapar dan tidak sabar-sabar untuk pulang. Objektif pelajaran ialah memastikan para pelajar dapat menambah dua nombor yang mempunyai tiga digit dengan betul. Guru tersebut yang sudah masak dengan sifat para pelajarnya telah membuat pelan pengajaran yang menggunakan aplikasi kuiz online sebagai media, permainan sebagai kaedah, soalan-soalan yang berkaitan dan peralatan di makmal komputer sebagai bahan pengajaran. Guru itu hanya akan melaksanakan pelan ini selepas memastikan para pelajarnya mempunyai pengetahuan asas tambah dua nombor pada kelas sebelumnya.